Terdapat berbagai-bagai jenis saksofon,antaranya ialah saksafon alto dan saksafon baritone

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
Di sini kami akan berkongsi sedikit maklumat dan sejarah mengenai alat muzik yang biasa dimainkan sehingga kini setelah mencapai beberapa revolusi, iaitu gitar. Semoga sama-sama kita memperoleh pengetahuan umum ini.
Sebelum pembuatan gitar elektrik diperkenalkan, gitar secara asasnya dikenali sebagai satu alat muzik yang mempunyai leher yang panjang, badan dan bahaian belakang yang rata dan selalunya berlekuk dibahagian tepi . Alat ini telah mula popular sejak 5000 tahun yang lalu. Gitar klasikal yang bertali 6 mula wujud di Sepanyol dan ianya adalah satu alat yang mempunyai sejarah yang sangat panjang. Sepertinya juga alatan muzik bertali dari Eropah lain yang mempunyai persamaan dengan gitar juga telah berusia ribuan tahun. Dari Timur tengah hingga ke Asia Tengah dan India. Daripada situ secara tidak lansung ia mempumyai hubung kait anntara satu sama lain sperti Tnbur Iran dan Setar (di India dikenali sebagai sitar).
Perkataan gitar diambil dari perkataan Sepanyol “guitarra” yang diambil dari perkataan Latin “Cithara” dimana ianya pula diambil dari perkataan Parsi “Shitar” dan ianya secara tidak lansung mempunyai hubung kait dengan Sitar. Gitar moden mempunyai asal usul dari Cithara Rome yang dibawa oleh orang-orang Rome ke Hispania dalam tahun 40AD. Ia kemudian dimajukan daripada Oud bertali 4 (orang kita mungkin mengenalinya sebagai gambus) oleh orang-orang Moors (orang Muslim di semenanjung Iberia dan Afrika Utara) selapas mereka menakluki semenanjung Iberia pada abad ke 8. Sementara itu di tempat lain di Eropah alat muzik bertali 6 Scandinavian yang dikenali sebagai “lute” semakin popular di bahagian yang ditakluki oleh orang-orang Viking.
Pada 1200AD gitar yang bertali empat telah berkembang dan dipecahkan menjadi dua jenis iaitu Guitarra Moorisca (gitar Moorish) dimana bahagian belakang gitar berbentuk bulat dan mempunya fretboard yang lebar, badan yang mempunyai banyak lubang bunyi, dan yang keduaGuitarra Latina (gitar latin) di mana gitar moden yang dicantumkan dengan satu lubang bunyi dan fretboard yang kurang lebar dari Guitar Moors.
Vihuela atau "viola da mano" dari Sepanyol adalah alatan muzik yang mana rupanya mirip kepada gitar. Ianya mula dijumpai pada abad 15 atau 16, merujuk kepada persamaannya dengan gitar maka ianya dianggap sebagi nenek moyang kepada gitar moden. Ia mempunyai tuning sepertiLute dan badannya seperti gitar. Vihuela hanya popular dalam jangka masa yang pendek kerana ia telah dibayangi dengan kewujudan dan populariti gitar.
Keluarga Vinnacio terkenal sebagai orang yang memperkenalkan mandolin dan mungkin telah membuat satu gitar yang paling lama bertahan. Gaetano Vinnacio mempunyai tandanya yang tersendiri pada gitar yang di buat di Neples, Italy dengan tarikh pada tahun 1779.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina, dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
Semasa pemerintahan sultan-sultan Melayu dahulu, gong akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja. Gong juga banyak di pulau Jawa.
Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing, atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Melayu, Cina, dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri.
Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.
...Di MaNa KaMi, di SiTu D I A... © 2008. Blog design by Randomness