Secara amnya, selain digunakan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis muzik, alat-alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.
Terdapat 5 kategori alat muzik tradisional :





Kordofon

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape, dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Membranofon
Alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membran yang ditegang atau dipalu digolongkan dalam kategori ini. Pelbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya, digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.
Erofon

Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat peribumi Malaysia, terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain-lain.

Idiofon
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon peribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori ini, terdapat alat-alat muzik metallophone yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

Erofon bebas
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ia diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa, dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.
0 comments:
Post a Comment